Thailand beri insentif cukai untuk beli kereta baharu atau EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Industri Thailand sudah mengumumkan bahawa kerajaan negara itu akan menawarkan insentif cukai untuk orang persendirian atau syarikat-syarikat menukarkan kenderaan lama mereka kepada kenderaan baharu atau kenderaan elektrik (EV).

Skim bantuan cukai ini hanya untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas dan diharapkan akan meningkatkan penjualan kenderaan baharu atau EV dan juga mengurangkan kadar pencemaran.

Butiran terperinci akan skim itu masih lagi dibincangkan di peringkat kementerian dan juga agensi-agensi terbabit.
Modenas

 

Di samping itu, Thailand juga mengumumkan industri automotif mereka akan memberi fokus terhadap teknologi EV.

Kerajaan Thailand mahu meningkatkan penghasilan EV tempatan kepada 30 peratus dari jumlah pengeluaran kenderaan tahunan dalam tempoh 10 tahun.

Thailand juga akan melancarkan kempen-kempen dan inisiatif yang akan mempromosikan pembelian EV untuk menggantikan kenderaan lama.

 

 

 

Menurut Menteri Industri, Suriya Juangroongruangkit, objektif jangka pendek Thailand untuk EV sekarang ialah bagi menghasilkan antara 60,000 ke 110,000 unit kenderaan kerajaan, bas awam, teksi motosikal elektrik dan pelbagai jenis EV laun lagi.

Objektif jangka sederhana pula ialah untuk menghasilkan 300,000 kenderaan EV dan bas Smart City.

Sasaran utama negara itu ialah untuk menghasilkan 750,000 unit kenderaan EV. Tidak ada sasaran tahun untuk mencapai objektif itu yang diberikan.

Thailand sudah pun membina stesen-stesen caj berkapasiti tinggi dan jenama MG dari China pula sudah mula menjual SUV elektrik mereka di negara itu.

Ujian-ujian tidak rasmi MG ZS EV di Malaysia mendapati ia mampu berjalan sejauh lebih dari 320 km dari satu caj penuh. 

SUV segmen-B elektrik sepenuhnya itu dijual dengan harga RM160,000 di Thailand, walaupun ia diimport sepenuhnya.

* Laporan dari Biro Berita Kebangsaan Thailand (NNT).

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Umum mengetahui Thailand sudah mengumumkan perancangan untuk memberikan insentif cukai bagi…
Berita Global
Ini adalah berdasarkan kelibat model ujian yang dikesan di Thailand oleh Headlightmag yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bangkok Post, Office of Industrial Economics telah dilantik untuk…