Thailand bakal terima model Wuling Hong Guang Mini EV, Baojun E300 - bermula dari RM43 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran kita, Thailand bakal menerima dua buah model kereta elektrik baharu bagi merancakkan lagi pasaran Ev di negara tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu daripadanya adalah model Wuling Hongguang Mini EV - sebuah hatchback tiga pintu yang membawakan dimensi kurang dari tiga meter, dan sebuah lagi adalah model Baojun E300.

Sebagai rujukan, kedua-dua model EV ini merupakan antara model kereta elektrik yang paling laku terjual di negara China, malah menurut data daripada InsideEVs, Wuling Hong Guang MINI EV telah berjaya mengalahkan model EV yang lebih mahal seperti Tesla Model 3, Tesla Model Y dan BYD Han untuk bulan Januari 2021.

 


Difahamkan, kedua-dua model ini akan dijual secara rasmi di Thailand dalam masa terdekat di mana mengikut hierarki, Wuling Hong Guang merupakan model asas yang lebih mampu milik, sementara Baojun E300/E300 Plus pula merupakan sebuah EV dengan penawaran spesifikasi yang lebih premium.

Wuling Hong Guang MINI EV
pek bateri 9.2 kWh - 320,000 Baht (RM42,599)
pek bateri 13.8 kWh - 395,000 Baht (RM52,583)

Baojun E300
Standard - 620,000 Baht (RM82,536)
E300 Plus - 670,000 Baht (RM89,192)

 


Spesifikasi kedua-dua buah model EV mampu milik ini adalah seperti berikut:

Wuling Hong Guang MINI EV
Dimensi: 2,917 mm panjang, 1,493 mm lebar, 1,621 mm tinggi (jarak antara roda 1,940 mm)
Kuasa: 17.43 hp/85 Nm
Laju maksimum: 100 km/j
Pek bateri: 9.2 kWh (120 km) atau 13.8 kWh (170 km)

 

Baojun E300/E300 Plus

Baojun E300
Dimensi: 2,625 mm panjang, 1,647 mm lebar, 1,588 mm tinggi (jarak antara roda 1,750 mm)
kuasa: 54hp/150 Nm
Laju maksimum: 100 km/j
Pek bateri: (tidak dinyatakan, jarak operasi 260 km)
Pengecasan: DC (dalam tempoh satu jam)

Baojun E300 Plus
Dimensi: 2,894 mm panjang, 1,655 mm lebar, 1,595 mm tinggi (jarak antara roda 2,020 mm)
Kuasa: 54hp/150 Nm
Laju maksimum: 100 km/j
Pek bateri: 31.9 kWh (jarak sejauh 305 km).
Pengecasan: DC (dalam tempoh satu jam)

 

Galeri Wuling Hong Guang MINI EV

 

Galeri Baojun E300/E300 Plus

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…