Thailand bakal tambah insentif untuk pengguna kereta elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan negara Thailand bakal menambah insentif-insentif untuk menarik lebih ramai pengguna kenderaan elektrik (EV) di sana.

Menurut Dusit Anantarak, Pakar Kanan (Senior Expert) dari Kementerian Industri Thailand, Thailand sudah pun memberikan insentif dari segi cukai untuk pembeli EV.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

"Thailand sudah pun memberikan insentif dalam bentuk semua pembelian kenderaan EV adalah bebas dari duti eksais," ujar Anantarak semasa sesi webinar "Nissan FUTURES – Electrification and Beyond" yang berlangsung semalam bersama media-media Asean.

"Namun begitu, kami mahu lebih pembabitan dari pengguna-pengguna dan kami bercadang untuk menambahkan lagi insentif khusus untuk pemilik EV", sambungnya lagi.

Antara insentif atau galakan bukan cukai (non-tax benefit) yang sedang dibincangkan ialah laluan bebas tol di lebuhraya, laluan khusus di jalanraya dan parkir percuma di bangunan kerajaan untuk pemilik-pemilik EV.

Selain dari itu, Thailand juga bakal merombak cukai dan duti eksais untuk EV bagi menjadikan negara itu sebagai hab kenderaan elektrik.

Struktur duti eksais yang baharu akan memberikan penekanan terhadap teknologi tenaga bersih untuk menyokong penggunaan EV.

Thailand juga akan mengambil kira komponen badan dan bateri untuk EV bagi memudahkan syarikat pengeluar EV untuk menjadikan Thailand sebagai pusat membina EV dan bukan hanya untuk mengimport EV.

Penggunaan EV secara meluas di Thailand dijangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun lagi.

Careta adalah antara empat media tempatan yang menghadiri webinar anjuran Nissan Asean tersebut yang membincangkan masa hadapan Asean di dalam penggunaan kenderaan berelektrik (electrified vehicle) di mana Nissan sudah mula mempromosikan teknologi e-Power di dalam produk-produk mereka.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang tersebut mempunyai kapasiti untuk memasang sebanyak 20,000 unit EV setahun dan ia akan…
Berita Global
Beliau berkata demikian selepas lawatan daripada pegawai ekskutif Tesla ke negara tersebut pada…
Berita Global
Kesemua variasi datang dengan rekaan kabin tunggal yang mampu memuatkan dua orang pada satu-satu…