Thailand bakal buka pintu tak lama lagi!

oleh Mohamad Hanif|
Thailand bakal membuka pintunya kepada lebih ramai pelawat asing dalam usaha merangsang sektor pelancongannya yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata jemaah menteri hari ini meluluskan pelan untuk memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat dari semua negara.

Menurutnya, sebelum ini STV hanya diberikan kepada pelawat dari negara berisiko rendah COVID-19, namun bilangan pelancong yang memanfaatkan kemudahan itu adalah rendah.

"Jauh lebih rendah daripada jangkaan kami. Hanya 825 pelancong dari 29 negara dan enam kapal layar dari negara asing berlabuh di negara ini," katanya pada sidang media hari ini.

Ratchada berkata bagaimanapun, semua pelawat asing harus mematuhi peraturan di bawah STV termasuk menjalani kuarantin wajib 14 hari sebaik tiba.

Di bawah STV yang dilancarkan pada penghujung Oktober lepas, pelancong asing boleh tinggal di negara ini hingga sembilan bulan, namun mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti kuarantin alternatif sejurus tiba, selain memiliki insurans kesihatan yang merangkumi rawatan COVID-19 berjumlah US$100,000.

Thailand, negara pertama di luar China yang melaporkan kes COVID-19 pada Januari tahun ini, menggantung penerbangan komersial serta menyekat kemasukan pelancong asing dalam usaha mengekang penularan pandemik itu.

Setakat ini Thailand melaporkan keseluruhan 4,126 kes positif COVID-19 dengan 60 kematian.

Sumber:  BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…