TGR Festival perkenal segmen hiburan OFFTHEGRID

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Toyota Gazoo Racing Festival Musim Keempat bakal berlangsung di Litar Sepang pada 27-28 Mac secara tertutup sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun tanpa kehadiran penonton dan peminat perlumbaan, Toyota Gazoo Racing Festival tetap membawakan konsep yang serupa dengan cara pendekatan yang sedikit berbeza berbanding musim terdahulu.

Menurut Presiden UMW Toyota Ravindran K. berkata, "konsep festival ini tetap tidak berubah, di mana tujuan asal Toyota GAZOO Racing Festival adalah untuk membawakan sukan permotoran kepada umum, dan kami akan tetap melakukannya pada tahun ini.

Antara kejutan terbaharu yang bakal dibawakan pada musim pembukaan Toyota Gazoo Racing Festival ini adalah segmen hiburan secara langsung yang digelar sebagai Toyota Gazoo Racing OFFTHEGRID yang bakal dihoskan oleh 10 selebriti tempatan yang turut bertanding di dalam Vios Challenge seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Khai Bahar, serta pendatang baharu Zizan Razak, Talitha Tan, dan personaliti TV Ahirine Ahirudin.

 

 

Beberapa segmen telah disusun seperti:

  • Segmen lakonan dan nyanyian Jom Duet Bersama Khai Bahar, Wany Hasrita, dan Nabila Razali
  • Latah Positif dan Berita Apani oleh Nabil Ahmad dan Zizan Razak
  • Melodi Misteri - selebriti akan menyanyikan sebuah lagi yang mereka dengar ketika memakai helmet perlumbaan, dan peminat harus meneka apakah lagu itu
  • Toyota Arena - pertandingan antara Tengku Djan dan enam pelumba muda baharu Toyota
  • Did You SPM? oleh Amer Harris dan Mika Hakimi yang baharu sahaja menamatkan peperiksaan SPM
  • Persembahan secara langsung oleh selebriti pada Sabtu dan Ahad

Kesemua aksi perlumbaan boleh disaksikan secara langsung menerusi laman web https://toyota.com.my/tgrmalaysia, serta di laman Facebook Toyota Malaysia dan Toyota GAZOO Racing Malaysia.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…