TFENDER - bila Toyota ProBox mahu jadi Defender

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover Defender merupakan sebuah SUV off-road moden yang dihasilkan dengan harga jualan yang sememangnya di luar kemampuan golongan kebanyakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat beberapa alternatif yang anda boleh gunakan untuk 'memiliki' sebuah Defender, seperti menggunakan asas daripada Suzuki Jimny ataupun kei van Suzuki Every.

Jika anda merasakan pilihan yang disebutkan itu terlalu kecil, usah risau kerana syarikat penala ESB Style kini mendatangkan kit ubahsuai yang mampu mengubah sebuah Toyota Probox menjadi sebuah 'Defender'.

Penawaran terbaharu daripada ESB itu merangkumi sistem suspensi yang mampu menambah ketinggian jarak lega tanah sebanyak 30 mm/40 mm, emblem TFENDER pada bonet, unit lampu yang sengaja direka menyerupai unit Land Rover Defender, serta tiang C yang diwarnakan mengikut warna badan.

Satu set rim aloi CLS TC01 digunakan pada keempat-empat sudut sebelum dipasangkan dengan tayar off-road.
 

TFENDER


ESB Style turut mendatangkan bampar belakang kustom dan pelindung unit lampu belakang yang tidak ditunjuk buat masa ini.

Buat masa ini, kit TFENDER ini hanya wujud di dalam imej janaan komputer, dan hasil sebenar akan diperlihatkan pada Tokyto Auto Salon 2023 yang bakal berlangsung kelak.

Kit CLS Fox ini sangat sesuai dipadankan pada semua varian Toyota ProBox 160 Series, serta model versi tukar lencana Mazda Familia.

Pihak ESB Style turut mengumumkan harga bagi setiap komponen yang ditawarkan, bermula dari bampar hadapan dan penambahan pada bonet (¥90,000 atau RM), bampar belakang (¥60,000 atau RM), pelindung lampu depan dan belakang (¥50,000 atau RM), serta kit suspensi (¥55,000 atau RM).

Selain Toyota ProBox, ESB Style turut menawarkan pakej Defender untuk Honda N-Van yang hanya boleh didapati bermula Februari 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas melancarkan TFENDER yang dihasilkan khusus untuk Toyota ProBox, ESB Style kini melancarkan…