Tetra Mk5 - eVTOL tempat duduk tunggal dengan 33 unit rotor!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Jepun Tetra Aviation baru-baru ini memperlihatkan secara rasmi produk komersial pertama mereka, sebuah eVTOL (electric vertical takeoff and landing) Mk5 untuk kegunaan persendirian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tetra Mk5 merupakan pesawat eVTOL dengan tempat duduk tunggal dan mempunyai 32 unit rotor yang terpasang pada sayap depan dan belakang, diikuti satu unit rotor di bahagian belakang yang membolehkan kelajuan penerbangan sekitar 160 km/j.

Binaan rangka eVTOL ini adalah daripada aluminium, sementara panel badan pula diperbuat daripada bahan polimer bertetulang gentian karbon, serta gentian aramid.

Dari segi dimensi, ia membawakan ukuran sepanjang 8.62 meter lebar, 6.15 meter panjang dan 2.51 meter tinggi, bermakna anda memerlukan ruang garaj yang lebih besar untuk memuatkan eVTOL ini.
 

Tetra Mk5


Pek bateri pula berkapasiti 13.5 kWh yang membenarkan jarak penerbangan sejauh 160 km, dan dengan berat sekitar 488 kg, juruterbang perlu memiliki berat sekitar 79 kg agar eVTOL ini tidak melepasi had berat pelepasan 567 kg.

Sebagai langkah keselamatan, Tetra Aviation turut menyediakan payung terjun balistik untuk kegunaan juruterbang.

Menurut laporan daripada New Atlas, Tetra merancang untuk menjual Mk5 sebagai sebuah kit pesawat bina sendiri, dan anda boleh menerbangkannya dengan menggunakan lesen penerbangan persendirian di Amerika Syarikat.

 


Tiada sebarang harga jualan diumumkan buat masa ini, namun pelanggan yang berminat boleh mendapatkan eVTOL Tetra Mk5 ini bermula tahun depan.

Sumber: New Atlas

Berita Berkenaan

Berita Global
Pesawat eVTOL persendirian itu hanya memiliki berat sekitar 90.7 kg sahaja, namun ia dilengkapi…