Tetra Aviation buat penerbangan demo eVTOL Mk-5 di California

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Jepun Tetra Aviation baru-baru ini memuat naik rakaman video ujian penerbangan pesawat prototaip eVTOL Mk-5 di California.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pesawat eVTOL persendirian itu hanya memiliki berat sekitar 90.7 kg sahaja, namun ia dilengkapi dengan 16 pod pendorong yang terdiri daripada 32 unit rotor untuk operasi berlepas secara menegak, manakala sebuah lagi kipas prop di belakang membolehkan penerbangan sepantas 160 km/j.

Pek bateri 13.5 kWh pula membenarkan penerbangan sejauh 160 km untuk sekali cas penuh.

Menurut Tetra, mereka telah pun menerima sebilangan tempahan yang tidak disebutkan angkanya, dan merancang untuk mengedar eVTOL Mk-5 kepada para pelanggan menjelang akhir 2022.
 

MK5


Untuk pasaran Amerika Syarikat, pesawat eVTOL ini akan didaftarkan di bawah kategori pesawat eksperimen, atau DIY dalam bahasa mudahnya.

Namun, anda tetap memerlukan lesen penerbangan persendirian dan setiap pesawat yang dibina akan diperiksa dan didaftarkan di bawah FAA.

Dalam video yang dimuat naik baru-baru ini, pesawat prototaip Tetra Mk-5 tersebut dikawal tanpa kehadiran manusia dan berjaya menunjukkan operasi VTOL (vertical take-off and landing) dengan baik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tetra Mk5 merupakan pesawat eVTOL dengan tempat duduk tunggal dan mempunyai 32 unit rotor yang…