Tetikus tanpa wayar Toyota 2000GT dilancarkan semula di Jepun, 1500 unit terhad, dari RM212.90

oleh Mohamad Hanif|
Dengan jumlah produksi sekitar 351 unit sepanjang tempoh tiga tahun, Toyota 2000GT merupakan antara khazanah negara matahari terbit yang sangat bernilai harganya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Malah pada awal tahun lalu, nilai untuk sebuah Toyota 2000GT sudah pun mencecah US$2.53 juta (RM11.20 juta), menjadikannya antara 2000GT yang paling mahal dalam sejarah.
 

2000GT


Bagi mereka yang mahu mencari 2000GT yang murah dan berada dalam lingkungan bajet, anda boleh dapatkannya pada harga serendah ¥6,600 (RM212.90) sahaja.

Yang pasti, ia tidak boleh dipandu, akan tetapi boleh digunakan untuk menemani meja kerja, dan sudah semestinya amat sesuai digunakan untuk mereka yang minat kereta-kereta klasik Jepun.

Syarikat Jepun Faith melancarkan produk berupa tetikus Toyota 2000GT dengan ukuran 130 mm x 50 mm x 35 mm dan rekaan yang sangat selesa untuk kebanyakan tangan manusia.
 

2000GT


Tetikus tanpa wayar ini hanya mempunyai dua bebutang utama dan roda penatal terletak pada bahagian hud enjin, sementara bahagian sisi pula tidak menampilkan butang tambahan.

Namun, ia mempunyai ciri unik di mana lampu utama dan lampu belakang yang mampu bercahaya, sekaligus sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan di meja kerja.

Produk tetikus ini sebenarnya telah dilancarkan sebelum ini dan kesemua unit telah pun habis terjual.
 

2000GT


Kali ini, pihak Faith melancarkan semula produk yang menjadi rebutan ramai ini dengan hanya 1,500 unit sahaja, dan boleh didapati di laman web Cam Shop bermula pertengahan Januari ini.

Harus diingat, kos yang disebutkan di atas tidak termasuk dengan kos penghantaran antarabangsa.  

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam siri tersebut, ia merupakan Mazda RX-7 FD3S yang dipandu oleh watak Keisuke Takahashi yang…
Berita Global
Namun, bagaimana pula jika sesebuah tayar itu boleh bergerak seumpama bebola jejak dalam tetikus…
Berita Global
Dibangunkan antara tahun 1967 sehingga tahun 1970, hanya sebanyak 351 unit telah berjaya keluar…