Tetap mewah seperti kereta berkapasiti besar

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kita selalu beranggap enjin berkapasiti kecil lebih lemah berbanding dengan enjin berkapasiti besar. Tetapi kebanyakan kita beranggapan begitu kerana kita belajar matematik dan selalu lihat nombor kecil kalah dengan nombor besar. Jumlah adalah segala-galanya.

 

Tetapi kebanyakan kita juga bukan pakar tentang teknologi enjin. Apa yang kita tahu ialah apa kita baca secara ringkas ataupun apa kita dengar dari kawan-kawan. 

 

A4-1

 

Saya juga terfikir tentang ini bila saya menguji pandu Audi A4 1.4 TFSI, model berharga paling rendah dalam barisan model Audi A4 yang terbaharu. 

 

Rupa A4 terbaharu pada sekali imbas memang tidak banyak beza dari A4 lama. Tetapi jika kita benar-benar perhatikannya, kita akan mula nampak perbezaan yang membuatkan model A4 baharu ini lebih segak dan kemas dari sebelumnya.

 

Sudah besar dan lebih matang

 

Pendekatan Audi lebih kurang seperti Apple - setiap produk baharunya menampilkan pembaharuan kecil-kecilan tetapi setiap pembaikan itu akan memantapkan lagi ciri yang sedia ada pada model sebelumnya. 

 

Terdapat 3 varian: 1.4TFSI, 2.0 TFSI dan 2.0 TFSI Quattro. Ketiga-tiga ialah model A4 generasi kelima (B9) yang berada pada segmen yang diduduki oleh BMW 3 Series dan Mercedes-benz C-Class. 

 

A4-2

 

Berukuran 4726 mm panjang, 1842 mm lebar dan berketinggian 1427 mm, A4 baharu ini 255 mm lebih panjang dan 16 mm lebih lebar dari A4 generasi sebelumnya. Ruang penumpang juga lebih luas dengan jarak antara tayar depan dan belakang sekarang berada pada 2820 mm. 

 

Fakta yang paling menarik ialah ini: A4 baharu berukuran 102 mm lebih panjang dan 31 mm lebih lebar dari 3 Series dan berbanding dengan C-Class, ia 41 mm lebih panjang dan 32 mm lebih lebar. Bayangkanlah berapa besar A4 baharu ini dari pesaing-pesaing tradisinya. 

 

A4-3

 

Saiz yang lebih besar bermakna ia bukan sahaja kelihatan lebih sesuai dengan imej eksekutif sedan dari Jerman tetapi yang lebih penting ialah ruang dalamannya sekarang lebih luas dan dekat dengan model A6. 

 

Malah, jika dilihat dengan teliti, banyak ciri-ciri rekabentuk A4 baharu ini nampak seolah-olah ia mencedok rupa A6, dan ini menjadikan ia lebih segak dari 3 Series atau C-Class.

 

Sesuai untuk mereka yang mahu penampilan mewah kereta sedan Jerman yang besar tetapi tidak mahu membayar lebih dari 200k untuk mendapatkannya. 

 

Harga berpatutan untuk sebuah Audi baharu

 

Walaupun model ini ialah A4 baharu yang paling murah, ia bukannya kurang mewah dari model lebih mahal yang lain. 

 

Ada lampu xenon dengan lampu LED sinaran siang (DRL), roda aloi 17 inci, cermin tepi yang boleh dilipat, pembasuh lampu depan, stereng kulit dengan kawalan multi-fungsi, kemasan aluminium, kerusi kulit, enam beg udara, sistem bunyi MMI Radio serta Infotainment System dengan skrin 7-inci, pembantu kuasa brek dan lain-lain. 

 

Model ini juga datang dalam bentuk fully imported, iaitu dipasang siap dari Jerman.

 

Spesifikasi Audi A4 1.4 TFSI

 

    •    RM218,900 (OTR tanpa insuran)

    •    Enjin: 1.4-liter, 4-silinder turbo

    •    7-speed automatik

    •    Kuasa enjin: 150 PS dari 5,000 hingga 6,000 rpm

    •    Tenaga tork: 250 Nm dari 1,500 hingga 3,500 rpm

    •    Penggunaan bahanapi: 5.2 liter/100 km 

    

 

Bukan untuk seronok tapi sedap untuk dibawa

 

Selalunya kereta Jerman ditala untuk memberikan pengendalian yang sesuai dengan penggunaannya. 

 

Di Jerman, jalannya yang selalunya rata dan selalu dijaga tidak memerlukan sistem gantung yang sporty. 

 

Oleh itu, model 1.4TFSI ini memang menunjukkan banyak “roll” apabila mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. Tetapi kadar roll yang ditunjukkan tidaklah begitu ketara dan kadar cengkaman dari enjin masih baik. 

 

A4-4

 

Adalah lebih baik jika ia dipakai seperti ia sebuah kereta yang lebih besar dari segi saiz dan dipandu dengan cermat dan teratur. 

 

Jika dipakai begini, ia akan memberikan nikmat pengendalian dan keselesaan yang mewah sama seperti kereta Jerman berenjin besar.

 

A4-5

 

Mungkin bukan ruang dalam yang paling senyap yang kita pernah alami, namun ia tetap terasa mewah dijalanraya. 

 

Itu yang kita cari pada kereta sedan. Senyap, kemasan mewah dan ruang luas. Pada harga rendah. Imported pulak tu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…