Tesla ugut kurangkan operasi di Hong Kong

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ramai yang tidak tahu bahawa Tesla ialah sebuah syarikat yang hanya akan masuk ke sebuah negara secara rasmi sekiranya kerajaan negara itu mempunyai perancangan yang kukuh untuk mempromosikan kenderaan elektrik (EV).

Itu adalah antara sebab utama kenapa Tesla berada di Hong Kong kerana kerajaan negara itu memberikan insentif yang besar kepada rakyat yang membeli kenderaan EV.

Namun begitu,insentif itu telah ditarik balik tahun lalu menyebabkan pemilik Tesla, Elon Musk berang dan menulis kepada ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, menggesa beliau memikirkan semula tindakannya itu.

Pada pertengahan tahun lalu, Hong Kong menarik semula pengecualian cukai 100 peratus bagi sebarang pembelian kereta elektrik. Ia menyebabkan peningkatan harga kereta EV sebanyak hampir 80 peratus.

Jualan kenderaan EV terus turun mendadak. Dari bulan April ke Disember 2017, sebanyak 99 unit kenderaan EV dijual. Ini berbeza dari jualan dalam tempoh yang sama pada tahun 2016 di mana 2,078 unit kereta EV terjual.

 

"Kerana jualan yang merudum, Tesla merasakan adalah baik untuk syarikat itu mengurangkan operasinya di Hong Kong. Tanpa bantuan kerajaan, siapa lagi yang akan melabur di dalam teknologi hijau," ujar satu sumber.

Tindakan Carrie Lam mendapat tentangan dan kritikan hebat dari kebanyakan syarikat teknologi hijau asing di Hong Kong.

Sementara itu di Malaysia, pengecualian cukai untuk kenderaan Cekap Tenaga (EEV) sudah lama diperkenalkan. 

Pada mulanya, keistimewaan pengecualian cukai diberikan kepada kesemua kenderaan EV dan hybrid. Kemudiannya, ia ditukarkan kepada kesemua kenderaan EV dan hybrid yang dipasang di dalam negara bagi mempromosikan pindahan teknologi kepada syarikat tempatan dan mewujudkan peluang pekerjaan peringkat tinggi kepada rakyat.

 

 

Sekarang ini, kerajaan meluaskan lagi inisiatif keistimewaan cukai itu kepada semua syarikat kenderaan yang memasang sebarang jenis kenderaan EEV atau Cekap Tenaga, tidak kira samada EV, hybrid atau enjin biasa.

Sayangnya ramai yang tidak tahu kewujudan bantuan ini dan ramai juga yang percaya ia adalah inisiatif syarikat kenderaan. Mungkin juga agensi yang bertanggung jawab akan proses EEV ini, iaitu MAI perlu memasang sticker EEV pada setiap kenderaan yang menerima inisiatif cukai tersebut.

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…