Tesla tidak lagi ambil tempahan Roadster, sudah habis dijual?

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 2017, Tesla memperlihatkan buat kali pertama model kereta sports Roadster di mana ia dijadualkan mula dijual pada tahun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Serentak dengan itu, pihak yang berminat boleh meletakkan wang tempahan bermula serendah $50,000 (RM210,425) atau sehingga $250,000 (RM1.05 juta) untuk model edisi terhad Founders Series.

Entah kenapa, sehingga kini kelibat model tersebut masih lagi tidak kelihatan, dan Tesla baru-baru ini dilaporkan telah pun membuang tanda harga di dalam laman web rasmi mereka, dan pengeluar itu juga tidak lagi menerima sebarang tempahan untuk model tersebut.
 

Tesla


Menurut laporan daripada Inside EV, langkah ini memberikan petanda bahawa Tesla mungkin sudah habis menjual kesemua unit produksi Roadster yang dirancang.

Dalam laporan terdahulu, Tesla menerusi CEO-nya Elon Musk memberikan bayangan model Roadster akan mula dihantar kepada para pelanggan pada tahun 2023, "sekiranya tiada sebarang drama besar berlaku".

Harga jualan untuk Tesla Roadster bermula dari $200,000 (RM841,700) untuk versi asas, sehinggalah kepada $250,000 untuk versi Founders Series yang hanya ditawarkan sebanyak 1,000 unit sahaja.
 

Tesla


Berdasarkan rujukan ringkas, Tesla Roadster memiliki keupayaan pecutan 0-96 km/j dalam masa 1.9 saat, terima kasih kepada daya kilas 10,000 Nm dan sistem pacuan semua roda.

Ia mampu bergerak sejauh 997 km untuk sekali cas penuh.

Sumber: Inside EVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…
Berita Global
Sejak daripada itu, Tesla Roadster telah pun bergerak sejauh 3,202,452,124 km di angkasa lepas dan…
Berita Global
Dalam satu angka rasmi yang dikeluarkan oleh Tesla, pengeluar kenderaan elektrik itu telah berjaya…