TESLA TEWAS KEPADA BYD UNTUK TAHUN KEDUA BERTURUT-TURUT

oleh Firdaus Razani|
SEPANJANG tahun 2023 yang lalu, BYD telah menghasilkan lebih daripada tiga juta kenderaan tenaga baharu dan sekali lagi mengatasi jenama Tesla untuk tahun kedua berturut-turut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut beberapa sumber, Tesla dikatakan hanya menghasilkan 1.84 juta unit kereta sahaja pada tahun lalu dan ia kuat dinyatakan kerana Tesla hanya mengeluarkan kenderaan kuasa elektrik (EV) sahaja.

Berbanding dengan BYD, jenama dari China ini menjual kebanyakkan keretanya dengan julat harga yang lebih rendah daripada Tesla, dan ia juga datang dalam versi hibrid sebagai tambahan kepada kereta berkuasa bateri sahaja.

 

tesla

 

Walaupun jumlah pengeluaran mengatasi Tesla, jenama BYD hanya mengeluarkan 1.6 juta kereta penumpang bateri sahaja dan 1.4 juta hibrid, ia bagaimanapun tetap meletakkan Tesla di atas untuk pengeluaran bateri sahaja.

Pada penghujung suku ketiga tahun 2023, China menyumbang kira-kira satu perlima daripada jualan Tesla kerana negara tersebut yang fokus pada EV sahaja.

Sehingga kini, terlalu banyak syarikat mahukan sebahagian daripada pasaran EV China yang sedang berkembang pesat dan di China telah dibanjiri dengan model-model EV baharu.

 

xiaomi

 

Ia termasuk jenama telefon pintar China, Xiaomi yang baru-baru ini melancarkan EV mereka dan merancang untuk bersaing dengan jenama besar global seperti Porsche dan Tesla.

Sepanjang tahun lalu, jenama pembuat daripada China seperti Li Auto, Xpeng, Zeekr, Nio, Nezha dan Aion dilaporkan telah lakukan penghantaran sekurang-kurangnya 100,000 hingga 400,000 lebih.

Untuk pasaran ke luar negara pula, pembuat EV China seperti Nio dan BYD telah memasuki negara seperti di negara-negara Eropah.

Menurut pengiraan data awam CNBC, jualan luar negara BYD pada 2023 adalah melebihi 242,000 kenderaan penumpang tenaga baharu.

 

byd

 

Gergasi EV China mengumumkan rancangan pada bulan Disember untuk membina pusat pengeluaran baharu di Hungary.

Syarikat itu berkata ia kini menjual lima model di Eropah dan merancang untuk melancarkan tiga lagi untuk rantau ini dalam tempoh 12 bulan akan datang.

BYD berkata ia telah menjual 36,095 unit kenderaan penumpang tenaga baharu di luar negara pada Disember lalu, tiga kali ganda lebih daripada angka tahun sebelumnya.

 

SUMBER : CNBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…