Tesla terima untung tertinggi untuk satu unit kenderaan dijual?

oleh Firdaus Razani|
Sembilan daripada 12 pembuat kereta global terkemuka memperoleh keuntungan bagi setiap kenderaan pada tahun berakhir Mac berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun ketika itu, situasi masih di tengah-tengah pemulihan rantaian bekalan dan kenaikan harga jualan, namun Tesla menerajui antara senarai pembuat kereta itu.

Nikkei membahagikan keuntungan bersih dengan bilangan kenderaan yang dijual secara global dalam data QUICK-FactSet untuk 10 pembuat kereta paling laris di dunia, serta syarikat kenderaan elektrik terkemuka Tesla dan BYD.

Angka tersebut meliputi empat suku tahun hingga Mac, kecuali Stellantis, yang mana data kalendar tahun penuh 2023 digunakan kerana syarikat itu tidak mengeluarkan angka keuntungan suku tahunan.

Purata keuntungan bersih Tesla bagi setiap kenderaan mencecah $7,000 walaupun ia menurun kepada $4,000 selepas tidak termasuk peningkatan keuntungan bersih lebih daripada $5 bilion daripada faedah cukai.

Mercedes-Benz menduduki tempat kedua pada $5,200, diikuti oleh BMW pada $4,400.

 

Baca penuh di NikkeiAsia

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketahanan yang lemah pada unit kawalan elektronik hidraulik (HECU) menyebabkan 37,169 unit bagi dua…
Informasi
Acara ini menandakan peristiwa penting bagi Tesla kerana syarikat itu meletakkan sasarannya untuk…
Berita Global
"Tiada 'refresh' Model Y akan keluar tahun ini", Musk berkata, sambil menambah bahawa Tesla terus…