Tesla tawar pakej Full Self-Driving bernilai RM40k secara percuma untuk tempoh terhad

oleh Mohamad Hanif|
Tesla dilaporkan sedang mencari jalan untuk menggandakan angka jualan bagi suku akhir tahun ini dengan menawarkan pakej Full Self-Driving secara percuma.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Pakej FSD tersebut boleh dinikmati selama tiga bulan secara percuma untuk mana-mana pelanggan yang berjaya mendaftarkan kenderaan mereka sebelum tirai tahun 2020 dilabuhkan.

Ini adalah selaras dengan hasrat Tesla untuk mencapai angka jualan sebanyak 500,000 unit untuk tahun 2020, di mana menurut laporan daripada Electrek, suku keempat bakal menyaksikan Tesla akan menghantar lebih daripada 181,000 unit kenderaan kepada pelanggan.

Pakej Full Self Driving merangkumi beberapa ciri seperti Navigate on Autopilot, Auto Lane Change, Autopark, Summon, serta ciri Traffic Light and Stop Sign Control yang menawarkan bantuan ketika sedang berhenti di persimpangan.

Keseluruhan pakej Full Self-Driving ini berharga $10,000 (RM40,370) dan untuk tempoh masa akan datang, Tesla akan mula menawarkan keupayaan pemanduan sendiri menerusi naiktaraf perisian.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam ucapan di United Nations General Assembly (UNGA)…
Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…
Berita Global
Menurut Presiden Antarabangsa Lexus, Takashi Watanabe menjelaskan kepada Automotive News, "adalah…