Tesla syarikat automotif pertama bubar jabatan perhubungan awam

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menjadi syarikat automotif yang berjaya dengan barisan produk EV sepenuhnya, Tesla juga kini menjadi syarikat pengeluar pertama dalam dunia yang membubarkan jabatan perhubungan awam mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut satu sumber peringkat tinggi dari Tesla memberitahu laman web automotif Electrek mengesahkan bahawa syarikat tersebut kini tidak mempunyai pasukan PR.

Ini menjelaskan sebab kenapa Tesla tidak menjawab sebarang pertanyaan akhbar yang dikemukan oleh wartawan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut Electrek lagi, individu terakhir yang bertugas di dalam jabatan PR Tesla adalah Keely Sulprizio, yang telah pun meninggalkan syarikat tersebut pada Disember tahun lalu.

Malah, setelah beliau meninggalkan Tesla, saki-baki pegawai yang bertugas di dalam jabatan PR telah pun meninggalkan Tesla atau menyandang jawatan lain.

Ini bermakna, sebarang pertanyaan yang terbuku di dada hanya boleh diajukan kepada CEO Tesla Elon Musk menerusi akaun Twitternya sahaja...

Strategi ini bukanlah satu perkara yang baharu memandangkan ia turut sama digunakan oleh gergasi teknologi seperti Apple, namun di kalangan syarikat automotif, Tesla merupakan yang pertama 'memutuskan' perhubungan dengan pihak media.


Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…