Tesla Supercharger Pavilion KL kini dibuka secara rasmi, kadar RM1.25/kWh

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Malaysia hari ini mengumumkan stesen pengecasan Supercharger Pavilion KL kini dibuka secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat sehingga lapan pengecas pantas DC 250 kW disediakan dimana pemilik Tesla Model Y boleh menambah jarak sehingga 270 km dalam tempoh 15 minit sahaja.
 

tesla


Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, Tesla Supercharger V3 itu menawarkan kadar RM1.25/kWh, kadar RM3.00 untuk jam pertama dan RM3.00 untuk setiap jam seterusnya.

Bukan itu sahaja, Tesla Supercharger itu turut mengenakan idle fee sebanyak RM4.00/minit sekiranya pemilik membiarkan kereta elektrik tersebut di situ selepas pengecasan selesai.
 

tesla


Sehingga kini, Tesla memiliki jaringan pengecasan pantas yang paling besar di dunia, dengan 45,000 pengecas Supercharger dan 5,265 stesen Supercharger di seluruh dunia.

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pembukaan stesen Supercharging terbaharu di Pavilion Bukit Jalil…
Berita Global
Menurut laporan insideevs, Tesla telah mula melancarkan "yuran kesesakan" dengan kadar USD1 (RM4.67…