Tesla Smart Summon - ciri yang tidak sebijak namanya

oleh Mohamad Hanif|
Tesla nampaknya terus dikritik hebat baru-baru ini kerana memperkenalkan sebuah ciri baharu yang tidak sebijak namanya - digelar sebagai 'Smart Summon' - di mana pemilik boleh memanggil kenderaan mereka menggunakan peranti pintar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Smart Summon ini ternyata berguna di dalam sesetengah keadaan - seperti contoh ketika hujan lebat di mana pemilik sukar untuk bergerak ke arah kereta tanpa sebarang perlindungan. 

Tesla menetapkan ciri ini hanya berkesan sekiranya pengguna berada di dalam lingkungan radius beberapa puluh meter jarak daripada kereta Tesla. 

Namun, berdasarkan beberapa laporan yang diperoleh daripada Consumer Reports, ternyata Smart Summon ini tidaklah sebijak namanya. 

Seperti contoh, dalam satu insiden yang melibatkan sebuah Tesla Model X, crossover elektrik tersebut terlibat dalam satu insiden pelanggaran dengan Honda Accord di lot parkir ketika pemiliknya menggunakan ciri Smart Summon tersebut. 

Beberapa insiden kenderaan hampir berlanggar juga turut direkodkan menerusi rakaman video, dan sekurang-kurangnya sebuah kemalangan telah berlaku. 

Melihatkan kepada keadaan yang membimbangkan ini, agensi National Highway Traffic Safety Administration tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya mereka mendapati bukti terdapat kecacatan di dalam sistem Smart Summon tersebut.