Tesla Semi buat penampilan di kilang Tesla di Fremont

oleh Mohamad Hanif|
Sejak pengenalan Tesla Semi, tiada sebarang maklumat mahupun gambar intipan prototaip trak kelas 8 itu diuji di atas jalan raya di sana.

Kini, salah sebuah prototaip Tesla Semi dilihat memunculkan diri di Kilang Tesla Fremont dan beberapa gambar trak tersebut telah dikongsi oleh para pekerja di kilang tersebut.

 

 

A post shared by Fasai Phuathavornskul (@fasaiph) on

 

 

A post shared by Ryan Lembitz (@rlembitz) on

 

 

A post shared by mikrutk (@mikrutk) on


Setelah beberapa siri ujian yang dijalankan, Tesla Semi versi produksi bakal mempunyai jarak pengoperasian yang hampir mencecah 1,000 km (600 batu) dengan sekali cas sahaja berbanding jarak 800 km yang telah diumumkan sebelum ini. 

Namun begitu, tidak semua berpuas hati dengan apa yang Tesla umumkan, bahkan pembikin trak seperti Daimler menyatakan trak Tesla Semi dikatakan melanggar hukum fizik sedia ada disaat mereka tiada sebarang produk yang mampu menandingi spesifikasi Tesla Semi buat masa kini. 

Tesla dikatakan bakal memproduksikan Tesla Semi bermula tahun hadapan dengan dua varian trak memberikan jarak pengoperasian sejauh 300 (480 km) batu dan 500 batu (804 km) dengan harga masing-masing bermula dari $150,000 dan $180,000 dan satu varian 'Founders Series' pada harga $200,000. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu angka rasmi yang dikeluarkan oleh Tesla, pengeluar kenderaan elektrik itu telah berjaya…
Berita Global
Bercakap kepada CNBC, CEO PepsiCo Ramon Laguarta berkata, "sistem pengangkutan merangkumi 10…
Berita Global
Adakah Tesla sudah tidak berminat untuk meneruskan projek tersebut? Menurut laporan daripada…