Tesla semakin hampir membuka kilang di China

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat kereta elektrik (EV) paling glamour, Tesla nampaknya semakin hampir untuk membuka kilang di pasaran kenderaan terbesar dunia - China.

Menurut agensi berita Reuters, Tesla sudah mencapai kata sepakat dengan pihak berkuasa tempatan untuk Shanghai dan akan membentangkan pelan pembinaan sebuah kilang di kawasan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kerajaan China mengenakan duti eksais setinggi 25 peratus untuk kenderaan import.

China juga tidak membenarkan pembinaan kilang milik penuh orang asing di dalam negara mereka, dan ini menjadi halangan utama kepada Tesla yang tidak mahu mengembangkan sayap mereka di China selagi hak cipta dan kebebasan berniaga mereka tidak dihormati.

Kerajaan China sedang menimbangkan untuk membenarkan pembinaan kilang milik asing 100 peratus jika dibina di zon-zon sebegitu.

Laporan dari Wall Street Journal kemudiannya menunjukan Tesla bersetuju untuk membina kilang pertama mereka di China di kawasan Zon Perdagangan Bebas di Shanghai.

Tesla sebenarnya mempunyai pelabur asing di dalam syarikat itu - 5 peratus saham Tesla dimiliki oleh Tencent Holdings, sebuah syarikat internet di China.

Mungkin Tencent akan menjadi rakan kongsi Tesla di China.

Elon Musk, CEO untuk Tesla pernah berkata bahawa syarikat teknologi itu memerlukan sebuah kilang bateri dan kenderaan di Eropah dan Asia untuk memastikan masalah bekalan tidak terjadi.

Buat masa sekarang, Elon cuma mempunyai sebuah kilang di Freemont, California dan semua orang sudah tahu bahawa Tesla mengalami masalah produksi yang rumit.

Elon berkata kilang di Freemont mempunyai kapasiti setinggi 1,500 unit sebulan tetapi sekarang ini, ia hanya mampu membina 250 unit sahaja.

* Dipetik dari Europe Auto News

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…