Tesla sedang uji trenkuasa baharu 'Plaid' - konfigurasi tiga motor elektrik pada Model S!

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin kedengaran agak pelik apabila anda melihat gabungan sedan dan tujuh tempat duduk di dalam satu ayat tunggal, namun itulah hakikat yang diluahkan oleh CEO Tesla, Elon Musk untuk cubaan terbaharu mereka.

Dikatakan Tesla kini sedang menguji sebuah casis prototaip yang dilengkapi trenkuasa 'Plaid' baharu yang akan diposisikan lebih tinggi berbanding Tesla Model S 100D. 

Menurut ciapan Elon Musk, beliau mendakwa Tesla Model S itu mempunyai tujuh tempat duduk dan sedang mengejar rekod bagi kelas terbaharu kereta sedan elektrik 'tujuh tempat duduk' terpantas di Litar Nurburgring. 
 


Kenyataan ini seakan mengakui kekalahan Tesla kepada Porsche di mana pengeluar Taycan itu kini memegang rekod kereta sports elektrik empat pintu terpantas di Litar Neraka Hijau pada ketika ini. 

Trenkuasa 'Plaid' yang dimaksudkan itu bakal menampilkan tiga motor elektrik berbanding motor berkembar yang digunakan pada P100D Ludicrous. 

Butiran lanjut berkenaan trenkuasa baharu ini bakal diumumkan kelak oleh Tesla di mana ia akan ditawarkan kepada model-model EV sedia ada seperti Model S, Model X, Roadster. 
 


Model 3 dan Model Y walaubagaimanapun dikecualikan daripada menerima trenkuasa baharu ini. 

Menurut gambar yang diperoleh daripada CarScoops, Tesla juga sedang menguji casis prototaip Model S yang lebih sporti, menampilkan fender yang sedikit lebar untuk menempatkan rim sporty, serta sistem brek dan suspensi yang turut dinaiktaraf. 

Tarikh 21 dan 25 September ini bakal menjadi penentu cubaan memecahkan rekod oleh Tesla menerusi Model S dan trenkuasa baharu 'Plaid' itu. 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Hasil karya one-off ini merupakan kerja tangan daripada RemetzCar atas permintaan daripada seorang…
Berita Global
Sudah pasti ramai yang membanding-bezakan antara Porsche dengan pengeluar EV sepenuh masa - Tesla,…
Berita Global
Selepas kira-kira 12 tahun memulakan produksi sebagai sebuah syarikat kenderaan elektrik sepenuh…