Tesla sambung tawaran 0 faedah; Elon kurangkan fokus kepada Trump

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejatuhan jualan Tesla di China melihat syarikat EV itu menyambungkan lagi tawaran pembelian bebas faedah mereka di pasaran terbesarnya.

Pembeli Tesla akan ditawarkan pinjaman tanpa faedah untuk Model Y sehingga tempoh lima tahun.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Sebelum ini, tawaran itu hanyalah untuk pinjaman selama tiga tahun sahaja dan tempoh tawaran ini ialah sehingga akhir Jun.

Elon Musk pula dilaporkan akan mengurangkan fokus beliau kepada tugasnya di DOGE dan juga dengan rakan baiknya, Presiden Trump.

Elon mahu memberikan tumpuan kepada Tesla selepas prestasi syarikat itu merudum dan ramai pelabur menjual saham Tesla mereka.

Tesla mengalami kemerosotan penjualan dan tekanan dari pesaing seperti BYD yang menjual EV dengan harga yang jauh lebih rendah.

Ikutkan logik perniagaan, barangan yang berharga lebih rendah akan mempunyai pasaran yang jauh lebih besar. 

Jika Tesla mahu mencapai jualan yang tinggi, pasaran yang tinggal untuk jenama itu ialah pasaran-pasaran di negara membangun dan harga menjadi penentu utama.

Mungkin Elon juga baru sedar bahawa berbaik dengan US tidak akan membantu jualan produknya kerana bukan semua warga planet ini bersetuju dengan tindakan negara Uncle Sam itu.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan rasmi, Tscherning menjelaskan bahawa mereka tidak mahu jenama syarikat mereka…
Berita Domestik
Tawaran Istimewa untuk Pelanggan Bagi mereka yang berminat untuk memiliki kenderaan elektrik Tesla…
Informasi
📉 Susut Nilai Mengejutkan Berdasarkan data dari iSeeCars, harga purata Cybertruck di pasaran…