Tesla rempuh lori treler di RnR, pasangan suami isteri maut

oleh Mohamad Hanif|
Sepasang suami isteri maut akibat kereta Tesla yang dipandu merempuh belakang lori treler yang diparkir di kawasan rehat di Interstate 75, Florida minggu lalu.

Menurut laporan Florida Highway Patrol, kemalangan maut itu berlaku sebelum jam 2 petang pada hari Rabu di kawasan Paynes Prairie Rest Area, selatan Gainesville.

Identiti kedua-dua mangsa itu tidak dapati dipastikan, namun laporan menyebut pemandu adalah seorang wanita berusia 66 tahun dan penumpang seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun.

Pihak polis mendakwa Tesla merah itu sedang dalam perjalanan menuju ke selatan di I-75 sebelum keluar dan atas sebab yang tidak diketahui, kereta itu merempuh sebuah trak Walmart yang sedang diparkir.

Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian, sementara pemandu trak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: FOX35

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata mangsa pertama seorang wanita…
Berita Domestik
Kejadian tersebut berlaku pada jam 3.20 petang semalam, dimana ia melibatkan sebuah Proton Persona…
Berita Domestik
Kejadian itu berlaku di KM 47 Yamuna Expressway semasa Agastay dalam perjalanan dari Agra ke Delhi…