Tesla rasmi lancar Model 3, Model Y di pasaran Thailand

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: FMT
Tesla akhirnya secara rasmi memasuki pasaran negara jiran Thailand dengan membawakan dua buah model, iaitu Tesla Model 3 dan Tesla Model Y.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Senarai harga untuk sedan dan SUV Tesla adalah seperti berikut:

• Model 3 RWD - 1,759,000 baht (RM221,414)
• Model 3 Long Range AWD - 1,999,000 baht (RM251,624)
• Model 3 Performance - 2,309,000 baht (RM290,650)
• Model Y RWD - 1,959,000 baht (RM246,590)
• Model Y Long Range AWD - 2,259,000 baht (RM284,351)
• Model Y Performance - 2,509,000 baht (RM315,820)

Berikut merupakan jadual spesifikasi ringkas bagi setiap varian Tesla Model 3 dan Model Y yang dijual secara rasmi:
 

Tesla thai


Sebagai perbandingan, BYD Atto 3 yang baharu sahaja dilancarkan di negara itu dijual pada harga 1.4 juta baht (RM175,800) manakala Toyota bZ4X pula dijual bermula dari 1.8 juta Baht (RM226,208).

Tesla telah pun membuka outlet pop-naik pertama mereka di pusat membeli belah Siam Paragon, dan merancang untuk mendirikan sekurang-kurangnya 10 buah stesen pengecasan di negara itu menjelang tahun depan.
 

Model 3

 

Langkah kerajaan Thailand mengurangkan cukai import ke atas EV dari lapan peratus kepada dua peratus ternyata menarik minat beberapa pengeluar untuk mula memasang EV di negara itu.

Seperti contoh, Mercedes-Benz telah pun mula memasang sedan elektrik EQS pada tahun ini manakala Great Wall Motor dan BYD pula merancang pemasangan EV secara CKD dalam tempoh tiga tahun akan datang.
 

Model Y


Walau bagaimanapun, Tesla pula dilapor tidak berminat untuk memasang EV di Thailand dan hanya akan membawa masuk unit CBU yang dipasang di Shanghai, China.

Ini kerana Tesla telah mendapat manfaat pengecualian cukai import ke atas EV yang dibawa masuk dari China sebagai sebahagian daripada perjanjian dua hala yang termeterai antara Bangkok dan Beijing.

Sementara itu, BYD berjanji akan membekalkan sehingga 5,000 unit EV menjelang akhir tahun ini bagi menarik minat rakyat Thailand yang mahu melepaskan diri daripada belenggu harga bahan api yang tinggi pada ketika ini.

Sumber: Nikkei Asia