Tesla rancang beli komponen EV dari India bernilai RM8.9 bilion

oleh Mohamad Hanif|
Tesla merancang untuk membeli bekalan komponen automotif bernilai US$1.9 (RM8.90) bilion dari India pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Bloomberg, pengeluar kenderaan elektrik itu sebelum ini pernah membeli bekalan bernilai US$1 bilion daripada India pada tahun lalu berdasarkan ucapan menteri industri dan perdagangan negara tersebut di New Delhi, Rabu lepas.

CEO Tesla, Elon Musk dalam satu kenyataan Jun lalu berkata Tesla akan membuat pelaburan besar di India selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Narendra Modi di Amerika Syarikat.

Tesla dan India dilihat membuka semula ruang perbincangan pada bulan Mei selepas berdepan jalan buntu selama satu tahun.

Elon sebelum ini mengkritik dasar India mengenakan cukai import yang tinggi serta dasar kenderaan elektrik yang tidak mesra pengeluar.

India pula sebaliknya menasihatkan Tesla supaya tidak menjual kereta elektrik buatan China yang menjadi saingan politik India di negara tersebut.

Dalam acara yang sama, setiausaha kementerian industri berat India Hanif Qureshi berkata India sedang mempertimbangkan insentif untuk pengeluar komponen automotif, tanpa menjelaskan dengan lebih terperinci.

Negara tersebut dikatakan akan meneruskan insentif untuk kenderaan elektrik selepas program subsidi fasa kedua tamat pada bulan Mac.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…