Tesla pujuk India beri cukai rendah untuk kereta elektrik import 

oleh HEZERI SAMSURI|
Taktik perniagaan Elon Musk kini dilihat sedang giat digunakan di India pula.

Dua hari lalu, Musk dikatakan berkata akan membuka kilang Tesla di India sekiranya jualan Tesla secara import berjaya di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumber-sumber agensi media Reuters berkata syarikat kenderaan elektrik (EV) itu menulis surat kepada dua kementerian di India untuk meminta cukai import yang lebih rendah.

Namun begitu ramai yang percaya usaha itu tidak akan berjaya kerana Perdana Menteri India, Narendra Modi dilihat sebagai pro barangan buatan tempatan dan mengenakan duti import yang tinggi untuk barangan luar.

Musk juga berkongsi pendapatnya di ciapan Twitter beliau dengan berkata Tesla mahu menjual kenderaan dengan banyak di India tetapi mengadu duti import India adalah antara yang paling tinggi di dunia (oleh negara besar).

Pembuat kenderaan asing juga pernah meminta duti import diturunkan tetapi kerajaan India tegas dengan polisi melindungi mana-mana syarikat yang telah melabur untuk membina kilang di dalam negara itu.

Laporan Reuters berkata duti import kenderaan sekarang adalah 60 peratus untuk kenderaan berharga di bawah US$40,000 dan 100 peratus untuk kenderaan berharga lebih dari US$40,000.

Musk mahukan cukai itu diturunkan kepada 40 peratus untuk EV, selaras dengan tujuan memperkenalkan teknologi tersebut di India.

Dalam tahun 2020, sebanyak 5,000 unit EV dijual di India dan kebanyakannya berharga di bawah US$28,000.

Jumlah jualan kenderaan keseluruhan India untuk tahun 2020 ialah 2.4 juta unit.

Menteri Pengangkutan India, Nitin Gadkari berkata India bersedia menawarkan insentif kepada Tesla agar kos pemasangan mereka menjadi lebih murah dari di China, tetapi hanya dengan syarat Tesla membuka kilang pemasangan di sana.

* Laporan lengkap di Reuters.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…
Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…