Tesla pilih Malaysia, Indonesia patut rasa tercabar?

oleh Mohamad Hanif|
Langkah Tesla untuk menubuhkan ibu pejabat serantau di Cyberjaya, Malaysia dilihat mampu memalukan Indonesia yang sebelum ini sangat terkedepan untuk memajukan industri kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pengarah urusan American Chamber of Commerce Indonesia, A. Lin Neumann mendedahkan beberapa sebab yang menjadikan Tesla memilih Malaysia sebagai lokasi pelaburan berikutnya berbanding Indonesia.

Antaranya ialah sikap terbuka kerajaan itu sendiri terhadap permintaan CEO Elon Musk sebelum membuat keputusan untuk beroperasi di sini, seperti tiada keperluan untuk rakan kongsi perniagaan tempatan, pengecualian duti import 100 peratus, serta tiada keperluan untuk EV Tesla mempunyai kandungan tempatan.
 

y


Disebabkan itu, Tesla Malaysia mampu menawarkan Model Y dengan harga jualan di bawah $50,000 (RM227,525), kira-kira satu perempat daripada harga runcit di Singapura dan Indonesia.

Sebagai makluman, Tesla Model Y untuk pasaran Malaysia dijual pada harga bermula dari RM199 ribu tidak termasuk dengan kos penambahan aksesori, ciri bantuan pemanduan Autopilot/Full Self-Driving dan sebagainya.

Berbeza dengan apa yang dikehendaki oleh Indonesia, kerajaan tersebut mengenakan tarif import 50 peratus untuk unit EV CBU bagi menggalakkan pengeluar memasang kenderaan di negara tersebut.
 

y


Ada yang menjangkakan Indonesia akan menawarkan pengecualian cukai seperti yang dilakukan oleh Malaysia terhadap Tesla.

Namun begitu, negara tersebut dilihat sangat terikat dengan persekitaran kawal selia kompleks yang memberikan ganjaran kepada kepentingan tempatan, sekaligus merumitkan perjanjian dengan pelabur.

Mereka juga dilihat tidak berusaha keras untuk mendirikan fasiliti pengecasan kenderaan elektrik.

 

Y


Nuelmann berpendapat, bagi Perdana Menteri Anwar Ibrahim, langkah Tesla tersebut memberikan kejayaan ekonomi yang sangat penting menjelang pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini.

Menurut penasihat PM, "ini merupakan satu perkara besar, dan sepatutnya menunjukkan bahawa Anwar sangat serius terhadap perubahan ekonomi."

Nuelmann menambah, Indonesia masih lagi belum kalah dalam usaha untuk memenangi hati Tesla.
 

Y


Negara itu dilihat masih lagi mempunyai peluang untuk menantikan pelaburan pengeluar EV tersebut bagi mendirikan kilang pemasangan EV Tesla, serta kilang pembuatan bateri memandangkan Indonesia kini mempunyai rizab simpanan nikel terbesar di dunia.

Berita penuh: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga baharu Model 3 sekarang ialah bermula dari RM181,000 dan Model Y pula ialah dari RM191,000.…
Berita Domestik
Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pengembangan rangkaian pengecasan Tesla ke Pulau Pinang dengan dua…
Berita Domestik
Selain daripada pameran barisan model tersebut, pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut…