Tesla pasang stesen Supercharging pertama di Pantai Timur

oleh Firdaus Razani|
Tesla baharu sahaja melancarkan stesen Supercharging pertamanya di kawasan Pantai Timur semenanjung yang bertempat di Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang.

Kehadiran stesen pengecasan terbaharu ini akan memenuhi keperluan pengecasan bagi memudahkan perjalanan merentas negeri yang mudah dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

Di stesen Supercharging Majlis Bandaraya Kuantan, ia menawarkan empat pengecas yang menjadikan ia stesen pengecasan super pertama yang berada di negeri Pahang.

 

tesla

 

Tesla turut menawarkan pengalaman pemilikan yang komprehensif, dengan menyediakan penyelesaian pengecasan yang lancar dan integrasi teknologi.

'Plug in, charge and go" adalah yang terbaik untuk menggambarkan pengalaman pengecasan Tesla.

Melalui Tesla App, pengguna boleh melihat ketersediaan, menavigasi ke dan memantau status caj Superchargers atau melakukan kaedah pembayaran pengecasan yang diproses secara automatik.

 

tesla

 

Bayaran setiap penggunaan Supercharging menjadikan pengecasan Tesla menjadi salah satu kaedah pengecasan yang paling menjimatkan kos di pasaran, pada kadar RM 1.25/kWj.

Sehingga hari ini, Tesla telah meempunyai 11 stesen Pengecas Super (52 pengecas) dan 11 stesen Pengecasan Destinasi (57 pengecas) di Malaysia yang bakal memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura.

Tesla komited untuk memajukan infrastruktur pengecasannya di Malaysia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian pengecasan Tesla.

 

tesla