Tesla panggil semula 54,000 kereta kerana langgar papan tanda berhenti

oleh HEZERI SAMSURI|
Isu kenderaan Tesla yang menggunakan perisian Full Self-Driving (FSD) dan tidak berhenti di papan tanda berhenti memang sudah diketahui umum walaupun pemilik-pemilik masih tidak boleh memberikan kata putus samada ia sering berlaku atau kadang-kadang berlaku. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Malah ada pemilik yang berkata ia tidak mempunyai masalah tersebut. Namun begitu, agensi Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) sudah mengumumkan kempen panggil semula (recall) untuk memastikan ia benar-benar tidak berlaku.

Tesla secara rasmi memanggil semula sebanyak 53,820 unit kenderaan untuk menyelesaikan isu tersebut. Kesemua kenderaan itu bagaimanapun tidak perlu untuk ke pusat servis. Perubahan pada perisian itu boleh dilakukan secara atas talian (over-the-air-update) tetapi masih tiada informasi bila ia akan dilakukan.

Menurut InsideEVs.com, ramai yang percaya ia adalah hasil dari keputusan Tesla untuk mengubah ketetapan brek "regenerative" sehingga kenderaan itu berhenti seolah-olah ia menggunakan brek ketika FSD digunakan.

Tesla juga memperkenalkan mod pemanduan untuk FSD - Chill, Average dan Assertive, di mana dua mod terakhir itu memang dinyatakan akan membuat "rolling stop" di papan tanda berhenti - bermakna ia tidak akan berhenti sepenuhnya tetapi memperlahankan kenderaan sambil "melihat keadaan trafik".

*Berita lanjut di insideevs.com

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…