Tesla panggil semula 321,000 kenderaan di A.S berhubung isu lampu belakang

oleh Penyumbang Rencana|
Tesla memanggil semula lebih 321,000 kenderaan di Amerika Syarikat (AS) kerana isu lampu belakang.

Ia menjadi masalah terbaharu perlu dihadapi syarikat gergasi kenderaan elektrik yang diketuai oleh bilionair kontroversi, Elon Musk.

 

Langkah itu adalah kali kedua Tesla di AS mengumumkan perkara sama, selepas memanggil semula lebih 40,000 kenderaannya sebelum ini, kerana kemungkinan masalah berhubung sistem stereng kuasa elektrik.

 

"Dalam keadaan yang jarang berlaku, lampu belakang pada kereta terjejas menyala sekejap kerana masalah perisian," kata syarikat itu dalam dokumen kepada Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) bertarikh 15 November, tetapi ia hanya didedahkan kepada umum hujung minggu ini.

 

Sementara itu, lampu brek, lampu sandaran dan isyarat membelok tidak terjejas.

 

Tesla merancang kemas kini perisian jarak jauh percuma untuk menyelesaikan masalah pada kereta Model 3 dan Model Y 2020 hingga hingga 2023 yang terjejas.

 

Syarikat itu menjelaskan dalam dokumen itu bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai masalah itu oleh pelanggan terutamanya di luar AS, pada akhir Oktober lalu.

 

Bagaimanapun, pembuat kereta itu berkata, pihaknya tidak mengetahui sebarang insiden atau kecederaan yang berkaitan dengan masalah itu.

 

Akhir September lalu, syarikat itu memanggil semula lebih daripada satu juta kenderaan kerana risiko kecederaan dalam mengendalikan tingkap kereta.

 

Musk memuji kejayaan besar Model 3 dengan membuktikan bahawa kereta elektrik adalah masa depan, katanya kepada mahkamah Delaware minggu ini sambil mempertahankan pakej gajinya, AS$50 bilion (kira-kira RM228 bilion) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat.

 

 

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Kempen panggil semula ini dilakukan melibatkan isu perisian yang menentukan bila lampu brek pada…
Berita Global
Pihak AHM dalam satu kenyataan mengesahkan kedua-dua model skuter tersebut mempunyai masalah pada…
Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…