Tesla panggil balik 90,000 unit Model S!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nampaknya Tesla sekali lagi terpaksa melaksanakan kempen memanggil balik model keluarannya. Dua tahun lalu, beberapa unit kenderaan keluaran mereka juga telah dipanggil balik disebabkan pendakap tempat duduk yang tidak dikimpal dengan betul. Untuk kali ini, dianggarkan kira-kira 90,000 unit Model S akan terlibat yang berpunca dari masalah tali pinggang keledar. Dalam satu emel yang telah dihantar kepada pemilik, Tesla menyatakan masalah tali pinggang keledar hadapan telah ditemui pada satu contoh, namun ia tidak melibatkan kemalangan. Bloomberg turut melaporkan isu tersebut sebenarnya telah ditemui awal bulan ini dan maklumbalas dari wakil Tesla berkata, "Salah seorang pelanggan mereka yang duduk dihadapan berpaling untuk berbual dengan penumpang belakang dan secara tiba-tiba tali pinggang itu terbuka. Ini mungkin berpunca daripada bolt yang mengikat plet penyangkut tidak dipasang dengan betul." Pada masa yang sama, Tesla sedang menjalankan pemeriksaan terhadap lebih daripada 3,000 unit Model S dan tidak menemui apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, Tesla akan terus menguji semua model, termasuk P85D, yang turut akan dipanggil secara sukarela. Sejak pengumuman tersebut saham Tesla menjunam 1.9 peratus kepada $217.59 pada 20hb November lalu.