Tesla nyahaktif ciri Passenger Play selepas disiasat NHTSA

oleh Mohamad Hanif|
Kereta-kereta Tesla kini tidak lagi membenarkan permainan video dimainkan menerusi skrin infotainmen tengah ketika kereta sedang bergerak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri Passenger Play itu diperkenalkan baru-baru ini, di mana ia membolehkan penumpang hadapan bermain permainan video menerusi skrin tengah ketika kereta sedang dipandu.

Sistem ini boleh diakses setelah penumpang membaca amaran keselamatan yang tertera dan mengesahkan status mereka sebagai penumpang kereta.

 


Namun, ciri ini sangat mudah untuk disalahgunakan disebabkan sistem tidak mampu untuk mengesan sama ada pengguna merupakan seorang penumpang atau pemandu itu sendiri.

Berita ini cepat mendapat perhatian daripada agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) dan Tesla segera disiasat berhubung sistem tersebut.

Dalam satu kenyataan kepada The New York Times, NHTSA mengesahkan Tesla akan mengunci dan menyahaktif ciri Passenger Play menerusi kemaskini akan datang, dan ia tidak boleh digunakan ketika kenderaan sedang dipandu.

Sumber: The New York Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…