Tesla mungkin masuk Singapura secara rasmi?

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla memang tidak wujud secara rasmi di persekitaran kita ini, walaupun Singapura tetapi ia sudah berada di beberapa negara Asia Pasifik lain seperti Hong Kong, Sydney, Tokyo dan Taipei.

Negara Temasik yang super-canggih itu sebenarnya pernah dikecam oleh Elon Musk dalam tahun 2019 kerana tidak memberi sokongan kuat untuk kenderaan elektrik (EV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apapun, Singapura sudah mengumumkan bahawa tidak akan ada lagi penjualan kenderaan bahan api menjelang 2040, satu kenyataan yang berani untuk rantau ini dan membuatkan Malaysia dilihat seperti sebuah negara kecil di tengah-tengah benua Afrika kerana masih terkial-kial di dalam isu tersebut.

Namun begitu, iklan pekerjaan yang muncul di LinkedIn sejak bulan Julai lalu mungkin menandakan Elon terpaksa akur untuk masuk ke negara pulau tersebut.

Iklan itu menawarkan jawatan seperti ketua dewan pameran, penasihat penjualan dan terbaharu, jawatan pembangunan kanan (senior developers) di Singapura.

 

 

Tesla sehingga hari ini tidak mahu mengesahkan ia akan membuka cawangannya di Singapura tetapi satu sumber memberitahu kilang Tesla di Shanghai akan mengeksport produk-produk EV mereka ke beberapa negara di Asia, termasuk Singapura.

Kilang Tesla itu akan mula mengeksport bermula seawal tahun 2021.

Di Malaysia, Tesla sudah mula dibawa masuk oleh pengimport kenderaan-kenderaan recond. 

Careta pernah memandu uji Tesla Model 3 dan di bawah ialah videonya.

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…