Tesla mungkin akan dijual secara rasmi di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Berita baik untuk peminat EV terutama jenama popular Tesla, baru-baru ini tersebar gambar menunjukkan data dari SSM yang menyatakan Tesla sudah menukar namanya dari Tesla Services Sdn Bhd kepada Tesla Sdn Bhd.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut laporan dari rakan media paultan.org, Tesla mungkin akan mula memasuki pasaran di Malaysia dengan jualan dan servis EV mereka secara rasmi.

Gambar data dari SSM itu menunjukkan pendaftaran Tesla Sdn Bhd dengan 'Nature Of Business' sebagai syarikat pemborong dan peruncit kenderaan bermotor baharu, perkhidmatan lain melibatkan pengangkutan darat serta servis dan baik pulih kenderaan.

 

2

 

Dokumen dari SSM itu juga mendedahkan Tesla International BV, syarikat yang beroperasi di Amsterdam itu merupakan pemegang saham utama.

Syarikat tersebut memiliki 4 pengarah, dan salah seorang darinya merupakan pengarah bagi kedua-dua Tesla Thailand dan India, iaitu David Jon Feinstein.

Pada bulan May 2022, Tesla dikatakan terbuka dengan idea untuk mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger DC di Malaysia.

 

3

 

Rangkaian pengecas itu bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna di Malaysia, malahan pengguna Tesla dari Thailand dan Singapura juga akan mendapat manfaat tersebut.

Dengan beberapa berita mengenai aktiviti Tesla yang terkini untuk pasaran tempatan, kita mungkin akan dapat melihat EV dari syarikat tersebut mula dipasarkan secara rasmi di Malaysia.

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebelum ini, tawaran itu hanyalah untuk pinjaman selama tiga tahun sahaja dan tempoh tawaran ini…
Berita Global
Pasaran EV dari Honda, Ford dan General Motors pula dilihat semakin meningkat, dan jualan EV di…
Informasi
Persaingan dalam penghasilkan teknologi bateri juga kini dilihat semakin sengit dengan keupayaan…