Tesla mula hadkan kapasiti pengecasan kepada 80%, kurangkan masa menunggu di lokasi sibuk

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla didapati sudah mula mengehadkan kadar pengecasan atau State of Charge (SOC) di Stesen Supercharger kepada 80 peratus sahaja, berkuat-kuasa serta merta. 

Ia bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu di sesetengah stesen pengecasan yang sibuk dan mempunyai kadar trafik yang tinggi. 

Menurut memo yang dihantar oleh Tesla, langkah ini akan melibatkan 17 peratus daripada jumlah keseluruhan stesen pengecasan Supercharger di seluruh Amerika Syarikat. 

Namun, langkah ini kekal kepada lapan peratus stesen pengecasan yang tersedia, manakala sembilan peratus lagi akan dihadkan SOC-nya ketika ia mencapai waktu sibuk (seperti cuti umum). 
 


Selain daripada itu, kemas kini ini juga turut memperkenalkan ciri baharu yang digelar sebagai On-Route Battery Warmup, di mana ciri ini akan membuat perubahan kepada sistem penerimaan cas elektrik untuk kadar pengecasan yang lebih tinggi bertujuan untuk menjimatkan masa pengguna. 

Ciri terbaharu ini sangat berguna bagi sesetengah tempat yang diketahui sangat sibuk dan popular sebagai tempat sehenti bagi para pengguna berehat sambil mengecas kereta elektrik mereka. 

Selain mengurangkan masa menunggu, ia juga diharapkan dapat mengelakkan kesesakan yang lebih teruk terutama ketika musim perayaan dan cuti persekolahan.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…