Tesla Model Y sudah boleh ditempah, 3 varian, jarak gerak 533 km, dari RM199k

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Malaysia mengumumkan model SUV elektrik Tesla Model Y sudah boleh ditempah menerusi laman web khas yang baharu sahaja dibuka, dengan yuran tempahan RM1,000 (tidak akan dipulangkan).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda kini boleh memilih tiga varian yang ditawarkan bergantung kepada konfigurasi trenkuasa dan tidak ketinggalan pilihan untuk memadankan ciri Autopilot dan Full Self Driving (FSD) menerusi laman web configurator Tesla Malaysia di SINI.

Tiga varian yang dimaksudkan ialah:
 

Tesla Model Y RWD (RM199,000)

tesla


• motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
• jarak gerak 430 km (data WLTP)
• pecutan 0-100 kmsj 6.9 saat
• kelajuan maksimum 207 km/j
• rim Gemini 19 inci

Tesla Model Y AWD Long Range (RM246,000)

tesla


• motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda
• jarak gerak 533 km (data WLTP)
• pecutan 0-100 km/j 5.0 saat
• kelajuan maksimum 217 km/j
• rim Gemini 19 inci

Tesla Model Y AWD Performance (RM288,000)

awd


• motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda
• jarak gerak 514 km (data WLTP)
• pecutan 0-100 km/j 3.7 saat
• kelajuan maksimum 250 km/j
• rim Überturbine 21 inci
• sistem brek berprestasi
• sistem gantungan direndahkan
• pedal aloi aluminium
• spoiler gentian karbon

Untuk dua varian Model Y terawal, terdapat pilihan untuk naik taraf kepada rim 20 inci Induction dengan tambahan kos RM10,000.

Terdapat lima pilihan warna iaitu Pearl White Multi-Coat, Solid Black (RM5,000), Midnight Silver Metallic (RM5,000), Deep Blue Metallic (RM5,000), dan Red Multi-Coat (RM10,000).

Sementara ruang kabin pula boleh didapati dalam warna standard hitam, atau pilihan warna dua tona (hitam/putih) dengan kos tambahan RM5,000.
 

autopilot


Selain daripada itu, pembeli juga boleh memilih untuk menambah ciri Enhanced Autopilot yang menambah fungsi Navigate on Autopilot, Auto Lane Change, Autopark, Summon dan Smart Summon pada harga RM16,000.

Sementara Full Self-Driving Capability pula membawakan kesemua fungsi yang terdapat pada Basic Autopilot dan Enhanced Autopilot yang boleh ditambah pada harga RM32,000.
 

tesla


Menerusi laman web configurator yang disediakan itu juga, pembeli boleh menganggarkan jumlah bajet yang perlu dibayar setiap bulan menerusi fungsi kalkulator pembiayaan sewa beli yang disediakan.

Buat masa ini, para pembeli masih lagi boleh menikmati pelepasan duti import dan eksais bagi kenderaan elektrik sifar emisi, serta pemansuhan cukai jalan 100 peratus.

Pemilik Tesla juga boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 bagi perbelanjaan berkaitan kos pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa beli peralatan atau yuran langgarnan untuk pengecas EV bagi tahun taksiran 2023.

Untuk makluman, Tesla bakal membuat kemunculan rasmi di pasaran Malaysia pada minggu hadapan.

Berita Berkenaan

Informasi
Kini ketiga-tiga warna tersebut boleh dipesan melalui di kedai rasmi Tesla atau dalam talian…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…
Berita Domestik
Terdapat empat buah Tesla Supercharger V3 berkapasiti 250 kW yang membolehkan sebuah Tesla Model 3…