Tesla Model Y langgar kereta peronda ketika sedang guna Autopilot

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Tesla Model Y didapati melanggar sebuah kereta peronda Michigan State Police ketika sedang menggunakan mod pemanduan Autopilot.

Menurut laporan daripada MSP First District, kejadian tersebut berlaku pada jam 1 pagi waktu tempatan ketika kereta polis jenis Dodge Charger dilanggar dari arah belakang dan mengakibatkan laluan kanan terhalang separuh.

Berdasarkan gambar yang dibekalkan, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan yang agak teruk akibat pelanggaran tersebut.

Mujur tiada sebarang kecederaan, namun pemandu Tesla Model Y yang berusia 22 tahun itu dikatakan 'gagal untuk beralih' serta memandu menggunakan lesen yang telah digantung.

Kesalahan pertama dikenakan denda sebanyak $400 (RM1,648) dan demerit dua mata ke atas rekod pemanduan disebabkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

 


Namun kesalahan kedua memandu menggunakan lesen yang digantung membawa hukuman denda maksimum $500 (RM2,061) dan penjara sehingga 93 hari untuk kesalahan kali pertama.

Tidak diketahui punca sebenar kejadian itu berlaku, namun menurut Lt. Brian Oleksyk memberitahu CNBC, pemandu Tesla Model Y itu mengakui menggunakan mod pemanduan Autopilot.

Harus diingatkan, mod pemanduan Autopilot yang ada pada kebanyakan model Tesla masa kini bukanlah ciri pemanduan autonomi sepenuh masa, kerana ia masih lagi memerlukan pemantauan yang aktif daripada pemandu itu sendiri.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan data jualan tahun 2022 yang diperoleh daripada JATO Dynamics, tidak mengejutkan apabila…
Berita Global
Dalam kejadian yang berlaku pada 15 Mac di Halifax County, North Carolina, Tillman Mitchell, 17,…
Berita Global
Kejadian tersebut berlaku di wilayah selatan Guandong yang menyebabkan kematian seorang penunggang…