Tesla Model Y dijangka hadir 2020 - Elon Musk

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun kini Tesla mengalami sedikit masalah akibat kerugian yang dicatatkan berjumlah $710 juta dalam masa tiga bulan, CEOnya Elon Musk masih positif berkenaan masa depan Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, beliau mengumumkan perancangan untuk mengeluarkan Model Y, sebuah lagi SUV di bawah jenama Tesla yang bakal menjengah pasaran menjelang 2020.

Jika dibandingkan pada pelan asal perancangan pengeluaran Model Y, ia akan dibangunkan menggunakan platform elektrik serba baharu.

Namun begitu, menurut Elon Musk, Model Y crossover ini akan menggunakan platform tersedia Model 3 dan diposisikan di bawah Model X. 

Ia dapat menjimatkan kos penyelidikan dan pembangunan serta Tesla boleh memperkenalkan Model Y ini ke dalam pasaran lebih awal daripada perancangan asal. 

Oleh kerana menggunakan platform yang sama, Tesla juga berkemungkinan mengekalkan spesifikasi sistem pacuan, dan pilihan pek bateri daripada Model 3 kepada Model Y.

Elon Musk juga turut mengesahkan Model Y bakal menerima varian berprestasi tinggi, sama seperti yang ditawarkan kepada model-model Tesla sebelum ini. 

Tesla kini sedang berusaha memenuhi permintaan Model 3 yang mengalami penangguhan sementara disebabkan masalah sistem automasi di bahagian pengeluaran kilang tersebut. 

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…