Tesla Model X 'terbang' mendarat di atas besi pembahagi jalan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan satu kes yang agak aneh berlaku kepada Tesla Model X, di mana SUV elektrik tersebut didapati mendarat di atas besi penghadang jalan di sebuah lebuhraya A404 menghala ke Bourg, Perancis.

Tidak diketahui bagaimana cara atau apakah punca penyebab memandangkan SUV tersebut mampu mendarat dengan baik dan seimbang di atas besi penghadang tersebut. 

Jika dilihat daripada sudut luaran, Tesla Model X tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan serius, manakala bumper hadapannya juga masih kekal utuh dan mungkin terdapat sedikit calar. 

Malangnya, pihak polis di tempat kejadian tidak menerangkan secara terperinci bagaimana SUV tersebut boleh berada di atas besi itu, namun menyifatkan pemandunya dalam keadaan ketakutan berbanding kesakitan. 

Mungkin dalam masa satu atau dua saat ketika kejadian itu berlaku, pemandunya menganggap "I Believe I Can Fly!"

 

Sumber: Inside EVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…
Berita Global
Ia juga seharusnya sangat berguna di dalam situasi melarikan diri daripada pihak berkuasa. Namun…