Tesla Model S Shooting Brake untuk dijual - dari RM876 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda masih ingat, kelibat Tesla Model S Shooting Brake ini pernah dilihat membuat kemunculan di Geneva Motor Show pada tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hasil karya one-off ini merupakan kerja tangan daripada RemetzCar atas permintaan daripada seorang peminat EV dan model Shooting Brake, Floris de Raadt.

Sedikit fakta menarik, ketika awal pengenalan, syarikat tersebut mengumumkan penghasilan sebanyak 20 unit terhad, namun cita-cita tersebut tidak kesampaian,  dan menjadikan Tesla Model S Shooting Brake ini satu-satunya model unik di dalam dunia.

 


Model ini lahir daripada idea mencantumkan seksyen belakang Jaguar XF Sportbrake kepada Tesla Model S.

Namun, disebabkan Model S dibina daripada panel aluminium, manakala XF Sportbrake pula memiliki panel keluli, idea tersebut tidak digunakan, dan selebihnya adalah kisah di sebalik pembinaan Tesla Model S Shooting Brake.

 


Setelah setahun (dan dengan jarak perbatuan 60,000 km), pemilik asal membuat keputusan untuk melepaskan Tesla Model S Shooting Brake ini kepada mereka yang berminat, dan ia boleh dilihat menerusi laman web JB Classic Cars.

Berapakah kos untuk memiliki Tesla Model S Shooting Brake ini?

Menurut JB Classic Cars, anda boleh mendapatkan serendah €185,555 (RM876,302) atau jika anda merupakan residen di benua Eropah, ia mampu mencapai harga setinggi €224,521 (RM1.06 juta).

 


Mahal?

Tepuk dada, tanya selera, namun ia sudah pasti satu pembelian yang sangat berbaloi kerana ia turut merangkumi kos pengubahan seksyen belakang Tesla Model S untuk menjadi sebuah model Shooting Brake yang sangat seksi ini.

 


Kereta ini asalnya merupakan Tesla Model S varian P85 yang hadir dengan motor elektrik tunggal dan output setinggi 422 hp dan 600 Nm serta pek bateri berkapasiti 85 kWh.

Bahagian luaran kereta ini telah dilayangkan dengan warna hijau berserta elemen serpihan emas, manakala bahagian kabin pula menerima sentuhan yang lebih premium berbanding model asal.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…