Tesla Model S rempuh trak bomba, NHTSA syak pemandu aktifkan Autopilot

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lepas, Tesla (sekali lagi) mengejutkan dunia dengan satu berita yang tidak menyenangkan.

Pagi Sabtu tanggal 18 Februari, sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang diparkir di laluan I-680, California.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui, namun agensi keselamatan NHTSA percaya perisian pemanduan autonomi kereta elektrik tersebut (Autopilot) telah diaktifkan sebelum kemalangan berlaku.

Insiden rempuhan itu menyebabkan pemandu Tesla tersebut maut, sementara seorang lagi penumpang mengalami kecederaan.

 


Difahamkan sebelum kejadian tersebut berlaku, satu lagi kemalangan telah berlaku di jalan yang sama, di mana trak bomba yang dirempuh itu sebenarnya diparkir secara melintang untuk melindungi para petugas semasa menyelamatkan mangsa.

Empat orang anggota di dalam trak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut laporan Associated Press, pihak penyiasat percaya pemandu Model S telah mengaktifkan sistem swapandu dan kejadian tersebut kini sedang disiasat oleh pasukan khas yang dihantar oleh NHTSA.

Sehingga ke hari ini, sebanyak 15 insiden kemalangan dilaporkan melibatkan kereta Tesla dengan sistem pemanduan autonomi diaktifkan.

Sumber: Associated Press

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…
Berita Global
Kini, seorang lagi pemilik Tesla telah berjaya menjadikan sedan Model S menjadi sebuah ute berkuasa…
Berita Global
Namun, dengan menggunakan prototaip pek bateri yang dibangunkan oleh One (Our Next Energy), sedan…