Tesla Model S Polis Fremont kehabisan tenaga ketika mengejar penjenayah!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk pengetahuan anda, Bandar Fremont merupakan lokasi kepada kilang pemasangan kereta elektrik Tesla dan sebuah pasukan polis tempatan membuat keputusan untuk menggunakan Tesla Model S sebagai tanda sokongan terhadap Tesla di tempat mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, sokongan mereka disia-siakan oleh seseorang yang lupa untuk mengecas kereta peronda mereka, sehingga menyebabkan tugasan mengejar penjahat menjadi tergendala. 

Kedengaran agak aneh, akan tetapi itu yang dilaporkan oleh akhbar tempatan apabila sebuah kereta peronda jenis Tesla Model S terpaksa berhenti di tengah jalan akibat kehabisan tenaga elektrik. 
 


Menurut akhbar Mercury News, seorang pegawai, Jesse Hartman sedang terlibat dalam insiden kejar-mengejar berkelajuan tinggi (190 km/j) apabila beliau baharu menyedari jarak operasi Tesla Model S itu terlalu pendek (9.6 km) untuk menyudahkan tugasan!

Hartman kemudian meminta bantuan supaya seseorang mengambil alih tugas pendahulu dan beliau cuba mencari stesen pengecasan Tesla terhampir supaya kereta peronda itu mampu dipandu kembali ke ibu pejabat. 

Menurut jurucakap pasukan polis Fremont, Hartman berjaya mencari stesen pengecasan terhampir namun pihak mereka terpaksa menghentikan operasi kerana ia terlalu membahayakan nyawa para pengguna jalan raya yang lain. 

Walaupun isu kehabisan tenaga oleh jentera peronda Tesla Model S ini tidak mempunyai sebarang impak terhadap kes, ia sememangnya mendedahkan kelemahan ketara penggunaan kereta elektrik sebagai sebuah kereta peronda. 
 


Jurucakap itu turut mendedahkan, mereka turut menemukan pegawai yang bertugas pada shift terdahulu didapati terlupa untuk mengecas kereta peronda pada akhir giliran tugasan.....

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…