Tesla Model S 'Plaid' - tiga motor elektrik, tujuh tempat duduk, mula produksi seawal Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Benarlah tekaan dan telahan yang dibuat sebelum ini, Tesla dalam diam-diam sudah pun merancang untuk memperkenalkan sebuah lagi varian baharu untuk Tesla Model S, sedan elektrik sepenuhnya yang sudah pun tujuh tahun berada di pasaran.


Menurut kenyataan yang dibuat oleh CEO Tesla itu sendiri menerusi akaun rasmi Twitter beliau, Tesla Model S varian Plaid itu bakal menempatkan tujuh orang penumpang. 

Jika anda bertanyakan bagaimana Tesla mahu memuatkan dua kerusi tambahan itu, Elon Musk memberikan jawapan berikut: 
 

 

 


Ini bermakna, dua kerusi tambahan itu akan diposisikan menghadap belakang, dan mampu memuatkan penumpang yang lebih besar, berbanding penumpang kanak-kanak seperti percubaan sebelum ini. 

Sebagai maklumat tambahan, Tesla Model S varian Plaid ini baharu sahaja memecahkan rekod terpantas yang dibuat oleh Taycan dengan kelebihan masa 20 saat di dalam fasa percubaan!

Menurut  majalah automotif Jerman, Tesla Model S yang dipandu oleh Thomas Mutsch itu berjaya mencatatkan masa 7:23 jauh meninggalkan Porsche Taycan yang kini mempunyai catatan masa 7:42 di Litar Neraka Hijau. 

Trenkuasa 'Plaid' yang disebutkan itu bakal menempatkan tiga buah motor elektrik berbanding dua motor elektrik pada model Tesla Model S sebelum ini, serta beberapa peningkatan terhadap prestasi sedia ada. 
 


Tesla Model S Plaid ini akan mula memasuki produksi pada bulan Oktober atau November atau paling lewat awal tahun hadapan, di mana versi produksi ini mempunyai prestasi yang lebih menakjubkan berbanding rekod yang dicatatkan di dalam artikel ini. 

Dalam diam-diam, ini rupanya kerja Tesla. 

Sumber: InsideEV

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, sokongan mereka disia-siakan oleh seseorang yang lupa untuk mengecas kereta peronda mereka,…
Berita Global
Dikatakan Tesla kini sedang menguji sebuah casis prototaip yang dilengkapi trenkuasa 'Plaid' baharu…
Model Terbaharu
Ditawarkan dalam dua varian yang berkuasa, iaitu Turbo dan Turbo S di mana masing-masing mempunyai…