Tesla Model S Plaid 2021 dengan emblem yang aneh

oleh Mohamad Hanif|
Laman web Teslarati melaporkan Tesla baharu sahaja melangsungkan acara pengedaran sedan terbaharu mereka, iaitu Tesla Model S Plaid bertempat di kilang Fremont.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan bertaraf mercu itu nampaknya tidak menampilkan sebarang emblem berbentuk huruf "PLAID" seperti kebiasaan, akan tetapi ia menampakkan sebuah logo grafik dengan corak kotak sebenar.

Meskipun nampak aneh, ia sebenarnya merupakan satu perkara yang unik berkenaan Tesla Model S Plaid memandangkan jarang sekali pengeluar automotif menghasilkan lambang tersendiri yang merujuk kepada sesebuah varian.

 


Menurut Teslarati lagi, lencana unik PLAID itu sebenarnya merupakan satu penghormatan berharga oleh Elon Musk terhadap siri komedi Spaceballs tahun 1987, di mana dalam babak tertentu ia menggambarkan kelajuan kapal angkasa seperti "Light Speed", "Ridiculous Speed", "Ludicrous Speed" dan "Plaid Speed".

Sebelum ini, Tesla telah pun menggunakan frasa 'Ludicrous Speed' pada dua buah model, iaitu Model S P100D dan Model X P100D, dan varian Plaid yang baharu sahaja diperkenalkan ini sudah cukup untuk melambangkan prestasi sebagai sedan terpantas Tesla.

 


Dari segi kuasa, Tesla Model S Plaid dikuasakan oleh tiga motor elektrik yang mampu menghasilkan 1,020 hp yang membenarkan pecutan 0-96 km/j dalam masa 1.99 saat dengan kelajuan tertinggi 322 km/j.

Sumber: Teslarati

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…