Tesla Model S Long Range Plus 2020 - kini mampu capai jarak 647 km!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Tesla Model S boleh dikatakan sebagai salah sebuah model yang sudah pun memasuki usia lapan tahun, ia tidak mampu untuk menghalang Tesla daripada terus menawarkan varian baharu terhadap sedan elektrik tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dimaksudkan adalah Tesla Model S Long Range Plus 2020, dan namanya itu sendiri membawa maksud Tesla Model S baharu ini membawakan jarak operasi yang sangat jauh, iaitu kira-kira 647 kilometer mengikut data EPA.

Tesla juga turut mengambil input daripada kejuruteraan, rekaan dan pembuatan daripada Model 3 dan Model Y untuk dibawakan pada Model S Long Range in, seperti penggunaan bahan yang lebih ringan untuk pembuatan pek bateri dan unit pacuan.

 

 


Selain daripada itu, Tesla Model S Long Rane Plus 2020 ini turut didatangkan dengan set rim yang mampu mengurangkan kadar seretan aerodinamik, dan tayar baharu yang direka untuk membantu meningkatkan jarak operasi keseluruhan sebanyak 2 peratus.

Peningkatan jarak tersebut turut disumbangkan oleh talaan terhadap komponen magnet kekal di dalam kotak gear yang dikongsi bersama Model 3 dan Model Y.

Sistem brek regeneratif pada Tesla Model S ini juga turut dinaiktaraf di mana ia mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih rendah, dan membenarkan lebih banyak tenaga disalurkan kembali kepada pek bateri.

Kesemua perubahan di atas membolehkan Tesla Model S Long Rane Plus mencapai jarak 20 peratus lebih jauh berbanding model 2019.

Elon Musk dalam satu hantaran di Twitter mengesahkan kesemua Model S Long Range Plus yang dibina semenjak bulan Januari tahun ini akan menerima kemaskini yang dimaksudkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…