Tesla Model S ini mampu gerak sejauh 1,210 km guna bateri prototaip One

oleh Mohamad Hanif|
Dengan menggunakan unit pek bateri standard kilang 100 kWh, sebuah Tesla Model S mampu bergerak sejauh 647 km untuk sekali cas penuh.

Namun, dengan menggunakan prototaip pek bateri yang dibangunkan oleh One (Our Next Energy), sedan elektrik itu dikatakan mampu mencapai jarak dua kali lebih jauh, iaitu 1,210 km!
 

Model S


Unit pek bateri Gemini berkapasiti 203.7 kWh berjaya dimuatkan dengan baik di dalam Model S, dengan jarak 1,210 km itu dicapai dengan pemanduan berkelajuan purata 89 km/j, dan data itu disahkan sendiri oleh pihak ketiga dengan menggunakan dynamometer.

Menurut pengasas dan CEO One, Mujeeb Ijaz menjelaskan, dengan adanya bateri ini mampu untuk mengurangkan perasaan kebimbangan jarak (range anxiety), selain boleh mengurangkan kesesakan di fasiliti pengecasan sedia ada.
 

One


Syarikat One ditubuhkan pada tahun 2020 dengan tujuan untuk menghasilkan teknologi bateri yang lebih selamat menggunakan bahan mentah yang lestari.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut CEO Tesla, Elon Musk, langkah tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada transformasi…
Berita Global
Dokumen mahkamah menunjukkan Tesla diarahkan membayar ganti rugi berjumlah AS$242.6 juta, termasuk…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…