Tesla Model S ini dilengkapi tiga enjin jet, 0-96 km/j dalam 3.32 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu babak yang penulis sukar nak terima dalam filem F9 The Fast Saga adalah penglibatan watak bekas filem Tokyo Drift yang membuat eksperimen meletakkan enjin jet pada Pontiac Fiero, dan muncul pula babak kereta itu 'terbang' di angkasa lepas...

Berkemungkinan besar diinspirasikan daripada filem tersebut, saluran YouTube Warped Perfection menguji sendiri keberkesanan penggunaan enjin jet pada sebuah sedan Tesla Model S P85D.

Disebabkan ia asalnya sebuah sedan elektrik, pihak pembangun terpaksa memuatkan sebuah tangki bahan api khas, serta cagak sokongan kustom untuk menampung tiga unit enjin jet di bahagian belakang Tesla ini.

Secara teorinya, anda boleh memandu Tesla ini dengan menggunakan kuasa jet itu tadi pada kelajuan sehingga 96 km/j.

Bagaimana pula dengan pecutan?

Jika Model S P85D standard mampu memecut 0-96 km/j dalam masa 4.38 saat, dengan bantuan tiga enjin jet itu tadi masa pecutan boleh dikurangkan kepada 3.32 saat!

Harus diingat, ketiga-tiga enjin jet itu tadi memerlukan penggunaan bahan api 5.7 - 7.6 liter untuk setiap minit, jadi ia bukanlah satu penyelesaian yang sesuai untuk digunakan bagi mereka yang kedekut duit.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini, unit yang dihasilkan ini dipercayai masih dalam fasa awal atau pilot build…
Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Global
Dasar baharu ini didedahkan oleh portal automotif InsideEVs, susulan perkongsian pempengaruh Tesla…