Tesla Model S ICE-T ini hadir dengan enjin 6.2 liter V8!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu projek di luar jangkaan semua orang - sebuah Tesla Model S dengan enjin pembakaran dalaman!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Saluran YouTube Rich Rebuilds baru-baru ini memuatnaik sebuah video hasil projek modifikasi Tesla Model S yang berjaya diselamatkan akibat banjir.

Disebabkan lama tenggelam dalam air, Tesla Model S ini rosak teruk dan daripada menggantikannya dengan unit trenkuasa baharu, Rich Benoit membuat keputusan drastik - menyumbat enjin V8 terus dalam 'hud enjin' Tesla Model S ini!
 

Tesla


Lebih tepat lagi, enjin yang dipilih merupakan enjin popular LS3 V8 berkapasiti 6.2 liter yang diperoleh daripada Chevrolet Camaro, dan tugas memuatkan enjin ini bukan mudah.

Rombakan besar perlu dibuat pada bahagian depan untuk memuatkan enjin V8, diikuti dengan terowong transmisi untuk meletakkan kotak gear enam kelajuan, serta subrangka belakang yang diubahsuai untuk menyokong komponen differential.

Slot pengecasan asal Tesla Model S ini telah diubahsuai dengan menempatkan corong pengisian bahan api, dan ini menimbulkan sedikit kekeliruan kepada pekerja stesen minyak semasa pengisian bahan api dibuat.
 

Tesla


Lebih impresif apabila sistem infotainmen dan kluster digital asal Tesla Model S ini masih lagi mampu berfungsi seperti asal.

Video penuh boleh ditonton pada pautan di bawah dan sila nikmati deruman enjin V8 yang mengasyikkan itu:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…