Tesla Model S dikemaskini - ruang kabin lebih moden, roda stereng baharu yang... aneh

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah kereta produksi massa pertama Tesla Model S telah pun lama berada di pasaran semenjak tahun 2012, dan boleh dinobatkan sebagai pencetus kepada pemilikan kenderaan elektrik sehingga kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kemaskini untuk model tahun 2021 yang dibawakan oleh Tesla nampaknya bukan sahaja memperkenalkan varian terbaharu Plaid, akan tetapi membawakan perubahan yang besar di bahagian dalam.

Jika dibandingkan dengan model terdahulu, versi kemaskini ini menampilkan rekaan papan pemuka serba baharu, di mana skrin paparan menegak asal telah digantikan dengan skrin besar bersaiz 17 inci dengan rekaan melintang.
 


Menurut Tesla, skrin paparan baharu ini memiliki resolusi 2200x1300 dengan paparan warna yang lebih cerah dan kadar respons dipertingkat.

Terdapat skrin tambahan kecil yang dipasang pada belakang konsol tengah untuk kemudahan penumpang baris kedua.

Perubahan yang lebih ketara boleh dilihat pada rekaan stereng baharu seperti yang boleh dilihat pada model konsep Roadster, tanpa sebarang kehadiran tuil di sebalik stereng.

Ini bermakna, segala fungsi seperti lampu membelok, lampu suluhan tinggi dan pengelap cermin boleh diakses menerusi butang fungsi sentuhan pada bahagian hadapan stereng itu.

 


Sementara tempat duduk belakang pula menampilkan penambahan bolster untuk menjamin keselesaan penumpang.

Tidak banyak perubahan dibawakan pada bahagian luar sedan elektrik ini, melainkan kemaskini terhadap bahagian bawah front fascia serta roda aloi serba baharu yang menjadikan penampilan Model S lebih sporti.

Tesla juga turut mengumumkan penawaran trim baharu untuk Model S dan Model X, di mana varian Performance kini digantikan dengan model Plaid.

 


Sementara untuk Tesla Model S, terdapat varian Plaid+ yang bakal hadir pada tahun ini menampilkan pek bateri baharu, jarak operasi sejauh 837 km dan pecutan 0-96 km/j dalam masa kurang 1.9 saat!

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…