Tesla Model S Convertible oleh ARES Design: Memang seksi habis!

oleh Mohamad Hanif|
ARES Design nampaknya tahu selok belok untuk menjadikan sedan elektrik Tesla ini menjadi sebuah arca seni yang lebih menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi anda yang masih tidak percaya, syarikat coachbuilder dari Itali itu baru-baru ini tampil dengan hasil kerja yang mempersonakan, sebuah Tesla Model S Convertible dua pintu!

 


Perubahan daripada sebuah sedan empat pintu kepada sebuah convertible dua pintu itu telah mengorbankan struktur pintu belakang dan tiang B.

Model yang dipamerkan ini merupakan sebuah demo, di mana ia tidak dilengkapi dengan sistem perlindungan pelanggaran rollover, namun menurut ARES, model sebenar akan dilengkapkan dengan sistem perlindungan penuh seperti yang terdapat pada model-model convertible di pasaran.

 


Rupa paras asal Tesla Model S sudah cukup sporti, namun ARES telah menambah kit aredodinamik yang diperbuat daripada gentian karbon bagi menaikkan lagi seri convertible Tesla ini.

Disebabkan bahagian penumpang belakang yang besar itu sudah pun terkorban untuk memuatkan ruang simpanan bumbung fabrik, maka tempat duduk asal telah dibuang dan digantikan dengan tempat duduk kustom yang dibalut dengan kulit ice white beserta kemasan berwarna jingga.

 


ARES Design mendakwa bahan yang digunakan merupakan kulit berkualiti tinggi yang dijahit sepenuhnya menggunakan tenaga tangan.

Sebagai sebuah produk yang dikomisyenkan oleh seorang pelanggan yang kaya, ARES Design tidak mendedahkan harga untuk hasil kerja yang menarik ini, dan melihatkan kepada rumitnya proses modifikasi yang dilakukan, kami tidak merasakan harga yang diminta agak murah.